Thursday, September 28

tazkirah ramadhan

received something from e-mail yesterday untuk direnungkan bersama.


Subject: 3 soalan...


Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
.
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan.
.
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud tuhan kepada saya.
.
2. Apakah yang dinamakan takdir ?
.
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
.
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marahkepada saya?
.
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
.
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
.
Pemuda : Ya!
.
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
.
Pemuda : Saya tidak boleh.
.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
***
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
.
Pemuda : Tidak.
.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
.
Pemuda : Tidak.
.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
****
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
.
Pemuda : Kulit.
.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
.
Pemuda : Kulit.
.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
.
Pemuda : Sakit.
.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
salam...

Wednesday, September 20

hot wheels @ doktor

Lokasi : Dalam kereta, Lebuhraya Persekutuan.
Masa : 8.15 pagi, hari ni.


Mama, kereta Hot Wheels tu mama beli kat mana?

Kat C4 la...

Ye la tapi dia datang dari mana?

Oooo.. kereta tu buat kat kilang kereta. Pas tu diaorang hantar kat c4. Nape?

Boleh tak kalau kita pergi kilang tu?

Tak boleh. Yang boleh masuk kat kilang tu cuma orang yang kerja kat situ aje.

Emmmm.. nanti kalau hakim dah besar, hakim nak kerja kat kilang Hot Wheels boleh tak?

Eh, kan Hakim nak jadi doktor telinga bila besar nanti. tak nak jadi doktor dah ke?

Tak nak lah. Ye la, kalau kat tempat tu nanti Hakim bole la tengok org buat kereta tu tiap-tiap hari.


Sabar jer la si abang ni... Kegemaran (kegilaan) dia memang suka kumpul kereta Hot Wheels yang kecik tu. Jadi , kebetulan hujung minggu lepas, C4 ada buat promosi . ok gak harga nyer. RM2.99. Murah banget gitu. Harga biasa dalam RM4.99 kut. Kebiasaannya memang tak beli pun sebab kat rumah pun dah bersepah-sepah. Kekadang main, kekadang tidak. Kekadang si adiknye yang main. (eish, caya jangan tak caya).

Yang timbul dia cakap nak jadi doktor telinga tu sebabnya akhir tahun lepas bawak dia gi jumpa doktor telinga sebab cikgu kat tadika cakap kekadang dia tak dengar apa yang cikgu cakap. So, bila check kat doktor biasa, memang telinga dah block abiss. Tu yang terpaksa jumpa doktor pakar untuk sedut keluar 'discharge' tu. Mujur gak tak takut. Berani gak anak jantan sorang ni.

Dan doktor tu explain memang ada certain case yang tahi telinga tu senang keras. Dan memang la tak berani nak keluarkan sendiri. Ye la, benda pancaindera telinga ni kan agak sensitif. Malah doktor tu pun sendiri bagitau yang kalau jadi cam ni lagi, jangan memandai keluarkan sendiri. Jadi, lawatan ke doktor tu la yang menyebabkan timbulnya kes si abang nak jadi doktor telinga tu..

Emmm.. jadi sekarang ni dah tukar la profesion dari doktor kepada engineer (cewahhh..) . engineer design kereta.. manala tau, masin mulut ni, 20 tahun dari sekarang he'll part of the design team in some distinguished car maker company... he he ...

Tapi tak tau la, kan esok lusa berubah lak cita2 dia. Biasa la , bebudak... :)

Ok, till now..

SALAM.


Tuesday, September 5

Sang Semut dan Erti Merdeka

what a lonnnnnggggg break.. bersawang sampai berselirat dah blog ni.
.
ari ni masa kat dapur teruja nak nengok koloni semut tengah bekerja. Pernah terperasan tak sang semut ni depa jalan lurus je. pas tu bila bertembung antara satu sama lain, depa stop seketika dan seolah-olah memberi salam antara satu sama lain. lama gak dok observe semut-semut tu. dah la jalan laju yang amat. tapi herannya tak pernahnya eksiden..
.
eh, apsal la melalut pasal sang semut lak ni.. tapi rasenya banyak pengajaran yang boleh diambil dari spesies ni. jom kita list down satu persatu :-
.
1. Rajin bekerja.
2. Mempunyai kumpulan pekerja yang tersusun, iaitu dari queen, pengawal dan pekerja.
3. Sentiasa patuh kepada ketua.
4. Berkeupayaan mengangkat beban yang lebih berat daripada berat badannya tanpa merungut.
5. Bekerjasama dan tak de iri hati.
.
Pokoknya, manusia ni memang diberi kelebihan oleh Allah akal fikiran, tapi berapa keratkah daripada kita yang utilise 100%. Rasanya tak sampai 50% termasukla ambo. Rasenya kalau semua manusia ni guna akal dulu sebelum bertindak, aman sentosa dunia ni.. tak de la perang kat sinin sanun.
.
And also, tak de la kes keruntuhan moral akhlak dikalangan remaja. (sampaikan gomen kena buat kempen). tak sudah2 ngan kempen. tapi hasilnya tak nampak. yang untung nya sapa? dulu sibuk2 ngan Rakan Muda. tak berjayakah program tu sampai kena launch program baru. dan semuanya pakai duit. pikir sendiri la... no komen. (alasan klise)..
.
Apakah pengertian merdeka bagi anda semua? adakah mencukupi dengan :-
.
a) mengibarkan jalur gemilang di premis kediaman dan perniagaan?
b) mengharapkan sponsor bendera dari orang lain?
c) berarak di jalan2 dengan melaungkan merdeka! merdeka! ?
d) menjadikan jalur gemilang sebagai wall paper pada computer?
e) TV menayangkan cite2 patriotik?
.
Tanyalah remaja-remaja ari ni? apa yang mereka paham tentang merdeka.. sungguh sedih kan jawapan mereka. jangan la pulak di tanya budak2 yang sekolah kat kawasan elit. cuba tanya kawasan2 yang black area. pastinya pengertian merdeka bagi mereka ini berlainan sekali.
.
Jadi cuba anda berfikir sejenak, adakah pemimpin kita telah berjaya untuk cuba menerapkan erti kemerdekan kepada semua lapisan masyarakat tak kira bangsa, umur atau pangkat ?
.
Tepuk dada tanyalah selera.
.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-49 MALAYSIA.....
.
salam.