Thursday, September 28

tazkirah ramadhan

received something from e-mail yesterday untuk direnungkan bersama.


Subject: 3 soalan...


Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
.
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan.
.
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud tuhan kepada saya.
.
2. Apakah yang dinamakan takdir ?
.
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
.
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marahkepada saya?
.
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
.
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
.
Pemuda : Ya!
.
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
.
Pemuda : Saya tidak boleh.
.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
***
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
.
Pemuda : Tidak.
.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
.
Pemuda : Tidak.
.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
****
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
.
Pemuda : Kulit.
.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
.
Pemuda : Kulit.
.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
.
Pemuda : Sakit.
.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
salam...

11 Comments:

At September 28, 2006 4:16 pm, Blogger Alinlai said...

Salam Ramadhan Tee...buka posa apa hari ni? Bazar Ramadhan kat semenanjung best...kat sini kurennggg sikit tapi layan je la ke ke ke...

 
At September 29, 2006 8:11 am, Blogger Ayu Mohamad said...

Salam Ramadhan Tee.. semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dibulan Mulia ini.. aminnnnn

 
At September 29, 2006 3:27 pm, Blogger NBK466 said...

Thanks diatas tazkirah. Lum ucap selamat berpuasa lagi kat Tee. Slamat Berpose.

 
At September 29, 2006 4:47 pm, Blogger tee said...

alinlai :) tak tau lagi. sebab mak yang masak. :0

ayu :) Amin Ya Rabbal'alamin..

surfingmama :) tq 4 de info.

nbk :)tima kacih. selamat berpose utk nbk sefamili jugak..

 
At September 29, 2006 8:44 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

tq atas tazkirah di atas ya..

dah shopping barang2 raya ke?

 
At September 30, 2006 12:46 pm, Blogger McBudu said...

Macam kenai je kiyai tuh....

 
At September 30, 2006 7:25 pm, Blogger Kak Teh said...

Tee - sungguh dalam cerita tu! dan sungguh berkesan jawapannya. Selamat berpuasa.

 
At October 01, 2006 12:04 am, Blogger Idham said...

tee...kalu kena penampar sakit deh...hehehe....abe id tak rajin lagi tampar oghe hehehe....

tu baru penapa...kalu api dek nu lagu mano deh...adooiiiii...

lagu mana ma dan abah di saudi?

idham

 
At October 02, 2006 3:23 pm, Blogger tee said...

syikin :) he he he. dah sopping. lega sikit..

budakbudu :) tau tak per...

kak teh :) selamat berpuasa kak teh..

abe id :) ooopss, abah jah yang gi denuh. ma dok gi. abah tu sebab ikut grup sain2 dio. alhamdulillah, baru jah call sat ni. semuanya ok.

 
At October 03, 2006 9:53 am, Blogger aNIe said...

Tee...Soalan dan jawapan yang mengesankan...kak lady pernah dpt email tersebut...kalau kita ni tak cukup ilmu di dada memang tak dapatlah kita nak menjawabnya...

 
At October 03, 2006 12:47 pm, Blogger tee said...

kak lady :) betul tu, akak.

 

Post a Comment

<< Home