Sang Semut dan Erti Merdeka
what a lonnnnnggggg break.. bersawang sampai berselirat dah blog ni.
.
ari ni masa kat dapur teruja nak nengok koloni semut tengah bekerja. Pernah terperasan tak sang semut ni depa jalan lurus je. pas tu bila bertembung antara satu sama lain, depa stop seketika dan seolah-olah memberi salam antara satu sama lain. lama gak dok observe semut-semut tu. dah la jalan laju yang amat. tapi herannya tak pernahnya eksiden..
.
eh, apsal la melalut pasal sang semut lak ni.. tapi rasenya banyak pengajaran yang boleh diambil dari spesies ni. jom kita list down satu persatu :-
.
1. Rajin bekerja.
2. Mempunyai kumpulan pekerja yang tersusun, iaitu dari queen, pengawal dan pekerja.
3. Sentiasa patuh kepada ketua.
4. Berkeupayaan mengangkat beban yang lebih berat daripada berat badannya tanpa merungut.
5. Bekerjasama dan tak de iri hati.
.
Pokoknya, manusia ni memang diberi kelebihan oleh Allah akal fikiran, tapi berapa keratkah daripada kita yang utilise 100%. Rasanya tak sampai 50% termasukla ambo. Rasenya kalau semua manusia ni guna akal dulu sebelum bertindak, aman sentosa dunia ni.. tak de la perang kat sinin sanun.
.
And also, tak de la kes keruntuhan moral akhlak dikalangan remaja. (sampaikan gomen kena buat kempen). tak sudah2 ngan kempen. tapi hasilnya tak nampak. yang untung nya sapa? dulu sibuk2 ngan Rakan Muda. tak berjayakah program tu sampai kena launch program baru. dan semuanya pakai duit. pikir sendiri la... no komen. (alasan klise)..
.
Apakah pengertian merdeka bagi anda semua? adakah mencukupi dengan :-
.
a) mengibarkan jalur gemilang di premis kediaman dan perniagaan?
b) mengharapkan sponsor bendera dari orang lain?
c) berarak di jalan2 dengan melaungkan merdeka! merdeka! ?
d) menjadikan jalur gemilang sebagai wall paper pada computer?
e) TV menayangkan cite2 patriotik?
.
Tanyalah remaja-remaja ari ni? apa yang mereka paham tentang merdeka.. sungguh sedih kan jawapan mereka. jangan la pulak di tanya budak2 yang sekolah kat kawasan elit. cuba tanya kawasan2 yang black area. pastinya pengertian merdeka bagi mereka ini berlainan sekali.
.
Jadi cuba anda berfikir sejenak, adakah pemimpin kita telah berjaya untuk cuba menerapkan erti kemerdekan kepada semua lapisan masyarakat tak kira bangsa, umur atau pangkat ?
.
Tepuk dada tanyalah selera.
.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-49 MALAYSIA.....
.
salam.
14 Comments:
tee, totally agree with u. remaja sekarang i berapa kerat sangat la yang tahu erti kemerdekaan. tak reti bersyukur atas nikmat yang diberi. Jangan terkejut ada rakyat malaysia yang nyanyi Negaraku pun lintang pukang. lum lagi kena sebut rukun negara.
sihat dah?
semoga anak-anak generasi kita tak jadi macam sekarang la tapi remaja sekarang nie penentu masa depan..camne tu ek?...mana2 pun masalah sama saja..remaja di dubai ini pun bermasalah jugak.. sesetengah pemimpin pun buat kempen setakat nak business je..niat dah lain, mana nak dapat keputusan yang baik...
dlt :) geleng kepala tengok remaja sekarang (tak semua).
alhamdulillah, cuma kurus sikit jer.
pujie :) bila nengok anak2 aku jadi seriau lak. terpikir cam ne la nanti bila depa semua da remaja. takut bila pikir. ni, hakim next year nak masuk darjah 1. risau pun ada.
Tambah pengertian merdeka :
f) memeriahkan masjid ngan sessi conseling remaja2 Islam yg berkepit sampai ke pagi pada malam 31 Ogos.
nbk :) ok tu.. set.
Merdeka hanya kepada yang berhak. Tidak semua kita ada hak itu.....
:) yes, abg id agree seratus peratus dgn apa yg tee tulis tu...
di kampung ka di bandar ka semua je...masih ada minda dan jiwa yg belum merdeka...:)
Idham
Tee bila baca pasal semut teringat iklan kat Era.. semut boleh mengangkat beban lebih 30 kali berat badan mereka.
setuju dgn NBK..
Tee, semut ni kalo perati setiap kali bertemu antara mereka pasti dorang akan seolah mcm salam le kot hehehe mesti berhenti and greet la kot :)
budakbudu :) how 'bout u?
abe id :) ye la kan.. sedih nengok remaja la ni..
sya :) ha'ah, tee pun baru dengar iklan tu pagi tadi. sebab selalunya dok pasang lagu soundtrack cite 'full house'. anak2 marah kalu pasang lagu lain.. :)
ayu :) ye la kan. sesama makhluk haiwan pun tau bagi salam (agaknya), tapi kalau kita, cam tu ke?
Saya sudah dilucut hak itu....
Tee...lamanya cuti blogging...
Sama-sama lah kita mendidik anak2 kita agar mengenal erti kemerdekaan sebenar....
Salam,
rindu nak baca entri Tee ni.
merdeka? hmm...
kaklady :) ya betul tu akak..
syikin :) hmmm too..
Post a Comment
<< Home