Friday, July 21

Gigi Oh Gigi

Minggu lepas tertengok dalam mulut hakim. Rupanya dah tumbuh gigi kekal kat belakang gigi susu (belah depan). Alamak, camne ni. gigi susu nya nampak elok lagi. Tak de la pulak bergoyang-goyang. Tangguh punya tangguh, hari ni baru boleh bawak dia gi jumpa dentist.
.
Mak oiiii, ramainya orang kat sini. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 pagi. Tapi no giliran yang dapat ialah yg ke-22. Berjanggut la menunggu ni. Maklumla, kita pergi klinik gomen kat Seksyen 7, shah alam. Hari Jumaat adalah dikhaskan untuk serve kanak2 sahaja. (Tapi yang peliknya ada gak nampak yang tak budak dok tunggu... eiish, tapi kan, kalau bab sakit gigi ni, memang tak leh tunggu nyer kan... )
.
Mujur gak bawak roti Hi-5 (perisa double creme- iklan free ni..) ngan air. Jadi itula breakfast hakim. Buat alas perut. Ye la kan, nanti bila gigi tu dah cabut, gerenti tak leh makan utk beberapa jam.
.
Penantian itu memang satu penyeksaan. Dah la tak bawak buku cite. Mujur gak ada tv kat klinik tu. Masa tu MHI tak habis lagi.. Sape la mamat kat dalam Tv tu, siap berbandage tangan nyer... OOOOOoooo, menantu Pak Lah rupanyer... Ermmm, nak promote program pasal bola.... (naik naikkan carta dia la tu.. promote jangan tak promote...) . Pas tu Hakim habag kata , Ma sat gi mesti ada kartun ni. Hah, kartun pun kartun la... Layannnnn... cite Aladdin.
.
Tunggu punya tunggu, ting... naik no. 20... pas tu ting... naik no 21.. (alamak macam dalam cite Mr Bean la pulak.. siri yang dia pi hospital pasal tangan sangkut kat dalam jag air.. :) . OOO, bestnyer, mesti tak lama lagi naik no. 22.. tetapi tiba-tiba, si hakim cakap nak buang air besar. alamak, camne ni, puas pujuk dia suruh tahan, berak kat taska. tak jadi gak. At last bawak dia gi Toilet... dan seperti yang di duga, ye, TiiiiINGG.. no 22. alamak, maka berkejarlah mamanya ke bilik rawatan dan terpaksa explain kat doc supaya bagi masa seminit. Mujur gak dia ok.
.
Bila dah patah balik ke toilet, mujur gak Hakim dah sudah. Pas tu apa lagi berlari-lari ala-ala manja gitu masuk ke bilik rawatan.
.
Doktor muda. Perempuan. Tak kahwin lagi kut. Kecik molek. Bagus PR dia ngan budak2. Disebabkan Hakim dah tengok Sesame Street pasal budak di dentist, jadi dia tak takut. dan alahamdulillah, gigi susu berjaya dicabut dengan jayanya... cewaaahhh, dan hero mama tak nangis pun. (waaaa, bole tahan gak ubat bius tu..) . Bagus abang Hakim ni...
.
Tapi sayang, lupa lak nak mintak gigi tu dari nurse... kalau dak bole tunjuk kat adik dia pas tu tanam... Maklumla excited... (mama dia lak lebih-lebih... ) he he he...
.
Till then,
.
SALAM

14 Comments:

At July 21, 2006 11:40 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

bagusnya hero ni tak nangis. dr. bagi ubat tahan sakit tak? yelah, kot2 ubat bius habis takut kesan sakit masih ada lagi.

biasalah tee kalau p klinik gomen ni. itu belum kalau p klinik mengandung gomen..kena siap2 beli paper, majalah..percayalah, abih segala ruangan iklan pun dibaca sebab lama menunggu ;D

 
At July 24, 2006 9:00 am, Blogger tee said...

syikin :) ubat tahan sakit tak de pun, tapi alhamdulillah, tak de apa2. siap bercerita lagi ngan kawan2 dia pasal cabut gigi. pas tu demand nak minum air sejuk dan makan aiskrim sebab doktor tu cakap boleh. :)

 
At July 24, 2006 11:05 am, Blogger NBK466 said...

Lain kali kirim salam kat dr. gigi tuh yek..he..he.he..

 
At July 24, 2006 3:06 pm, Blogger tee said...

nbk :) InsyaAllah, wah, mem tak de, da start mancing ek, ? he he he...

 
At July 24, 2006 3:15 pm, Blogger dlt said...

terrer hero tee. tak takut dentist.
gi gomen cam gitu lah yer. kalu klinik ibu dan anak, sure makan masa tengahari baru jumpa.
something that has never change dari dulu sapa lo ni.

 
At July 24, 2006 4:37 pm, Blogger ROYAL JESTER said...

bagusnya hakim. Memang camtula budak2 ni kan..mesti nak berak time suntuk tu.hehhe..kita selalu kena.hehhe..danish punya gigi pun dah lubang sinin sana.lama dah dia mintak pegi dentist, kita yg takde masa nak bawak..sian..tak tahu kenapa dia beriya nak gi jumpa dentist, maybe coz dpt gula2 kot macam bila pegi jumpa doctor.hehe

 
At July 24, 2006 5:40 pm, Blogger tee said...

dlt :) yg pasal klinik ibu dan anak tu pernah gak dengar cam tu. abis tu nak wat camno, rakyat asing pun seek treatment kat situ gak. mujur company cover on maternity (chck-up & delivery - RM1K).

pu1pu3 :) tu la, k.tee pun dok tangguh dari sehari ke sehari. nak cari suitable time memang payah...

BTB :) aikk, abe BTB cakit gigi yer? sanggup ye travel from KL tu Shah Alam.. waaa, memang 'ulat dah naik daun' ni... ha ha ha.. ;p

 
At July 25, 2006 8:54 am, Anonymous Anonymous said...

erk...kebal ye hero Tee tak teriak masa cabut gigi :)

~alinlai~

 
At July 25, 2006 3:01 pm, Blogger tee said...

alinlai :) agaknya bius tu kuat kut. tapi dia tak cucuk, cuma spray kat kapas, pas tu tekap sat kat gusi.

 
At July 25, 2006 3:15 pm, Blogger ... said...

bagus ekk doktor tu.. kuat lak spray tu.. ingatkan kena cucuk.. yg paling bagus anak tee tak takut doktor lak.. sesetengah budak meronta2 bila nampak dokor gigi.. :))

 
At July 25, 2006 5:53 pm, Blogger tee said...

acik ila :) brutal cam maknyer jugak kut... he he he...

 
At July 26, 2006 11:20 am, Blogger aNIe said...

Gigi2 anak kak lady semua cabut sendiri...kak ladylah yang jadi doktor gigi mereka...heheh

 
At July 26, 2006 12:17 pm, Blogger Ayu Mohamad said...

pandainyaaaaaaa....... bagus ek hakim tak nangis... senang le mak nye hehehe

 
At July 26, 2006 4:04 pm, Blogger tee said...

pb :) ooo, ambik kesempatan ek.. tak aci nih... mesti patient lain dok jeling2 kat pb. :D

kaklady :) kalau yatie mesti seriau nyer. kira akak ni berani gak le..

ayu :) ha'ah senang banget... :)

 

Post a Comment

<< Home