Wednesday, September 20

hot wheels @ doktor

Lokasi : Dalam kereta, Lebuhraya Persekutuan.
Masa : 8.15 pagi, hari ni.


Mama, kereta Hot Wheels tu mama beli kat mana?

Kat C4 la...

Ye la tapi dia datang dari mana?

Oooo.. kereta tu buat kat kilang kereta. Pas tu diaorang hantar kat c4. Nape?

Boleh tak kalau kita pergi kilang tu?

Tak boleh. Yang boleh masuk kat kilang tu cuma orang yang kerja kat situ aje.

Emmmm.. nanti kalau hakim dah besar, hakim nak kerja kat kilang Hot Wheels boleh tak?

Eh, kan Hakim nak jadi doktor telinga bila besar nanti. tak nak jadi doktor dah ke?

Tak nak lah. Ye la, kalau kat tempat tu nanti Hakim bole la tengok org buat kereta tu tiap-tiap hari.


Sabar jer la si abang ni... Kegemaran (kegilaan) dia memang suka kumpul kereta Hot Wheels yang kecik tu. Jadi , kebetulan hujung minggu lepas, C4 ada buat promosi . ok gak harga nyer. RM2.99. Murah banget gitu. Harga biasa dalam RM4.99 kut. Kebiasaannya memang tak beli pun sebab kat rumah pun dah bersepah-sepah. Kekadang main, kekadang tidak. Kekadang si adiknye yang main. (eish, caya jangan tak caya).

Yang timbul dia cakap nak jadi doktor telinga tu sebabnya akhir tahun lepas bawak dia gi jumpa doktor telinga sebab cikgu kat tadika cakap kekadang dia tak dengar apa yang cikgu cakap. So, bila check kat doktor biasa, memang telinga dah block abiss. Tu yang terpaksa jumpa doktor pakar untuk sedut keluar 'discharge' tu. Mujur gak tak takut. Berani gak anak jantan sorang ni.

Dan doktor tu explain memang ada certain case yang tahi telinga tu senang keras. Dan memang la tak berani nak keluarkan sendiri. Ye la, benda pancaindera telinga ni kan agak sensitif. Malah doktor tu pun sendiri bagitau yang kalau jadi cam ni lagi, jangan memandai keluarkan sendiri. Jadi, lawatan ke doktor tu la yang menyebabkan timbulnya kes si abang nak jadi doktor telinga tu..

Emmm.. jadi sekarang ni dah tukar la profesion dari doktor kepada engineer (cewahhh..) . engineer design kereta.. manala tau, masin mulut ni, 20 tahun dari sekarang he'll part of the design team in some distinguished car maker company... he he ...

Tapi tak tau la, kan esok lusa berubah lak cita2 dia. Biasa la , bebudak... :)

Ok, till now..

SALAM.


11 Comments:

At September 20, 2006 1:46 pm, Blogger NBK466 said...

Apa2 pun buleh asal ada minat, janji MASYUK & halal..he..he.he..

 
At September 20, 2006 4:58 pm, Blogger Alinlai said...

esok lusa nak jadi pilot plak...lepas tu arkitek, lepas tu doktor bedah, lepas tu bla bla bla... tak pe Tee tunggu dia besar le baru tgk apa dia jadi :)

 
At September 20, 2006 5:17 pm, Blogger dlt said...

biasa la kecik2 bertukar2 cita2. saya dulu dok asyik baca dalam paper iklan operator pengeluaran wanita, ada gak cita2 nak jadi operator. ingatkan operator angkat telepon, rerupanya kerja kilang. he!he!

 
At September 21, 2006 3:05 pm, Blogger tee said...

nbk :) ye betul tu..

alinlai :) tunggu jangan tak tunggu..

dlt :) kita kat opis ni kerja angkat pone jer...

 
At September 22, 2006 12:50 pm, Blogger Idham said...

share dgn abe id...masa kechik2 dulu apa ek cita2 tee....

abe id masa sekolah rendah bercita2 nak jadi cikgu....sbb masa tu hanya itulah kerjaya yg abe id tau.

idham

 
At September 22, 2006 5:26 pm, Blogger tee said...

emmm, yg tau nye doktor, cikgu, polis. itulah yg diisi dalam kad sekolah rendah. he he he.. satu pun tak sangkut. tapi hampir2 sangkut tang cikgu tu. masa tu nak isi borang matrikulasi, mak suruh letak TESL, tapi tee yang tak nak sebab both of them dah cikgu. so, nak try something different..

now, i'm a multi-purpose staff .. semua kerja buat... :)

 
At September 22, 2006 8:24 pm, Blogger aNIe said...

Tee..heheh...pandai si kecik tu ye pilih cita-cita yang professional...harap2 dia dpt mencapai apa yang dicitakan nanti...walaupun dia masih kecil tapi cita-cita dia besar....

 
At September 23, 2006 9:48 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

selamat beribadah sebanyaknya di bulan ramadhan yg mulia ini.

insyaALlah, abg akan jadi engineer or doktor one day :D

 
At September 24, 2006 6:45 pm, Blogger Kak Teh said...

tee- selamatberpuasa di samping keluarga drp kak teh dan keluarga di sini.

 
At September 25, 2006 9:18 pm, Blogger Ewok said...

Selamat Puasa

hehe.. bebudak biasa lah cita2 berubah every few months :)

 
At September 26, 2006 2:09 pm, Blogger tee said...

kak lady :) InsyaAllah.. harap2 nya begitula, kak.

syikin :) selamat menjalani puasa buat syikin n famili juga.

kak teh :) ditto :D

ewok :) selamat puasa to u too.

 

Post a Comment

<< Home