Saturday, October 21

Dugaan

Kita yang merancang, Allah jua yang menentukan.

Perancangan asal nak balik pukul4 pagi telah tertunda ke pukul 4.40 pagi. Dalam hati dah terbayang akan kesesakan lalu lintas yang bakal akan ditempuhi . (ya, cangan tak caya, kat tol gombak ni jangan main-main. silap haribulan dekat 1 jam bole stuck kat area tu jer.)

Memula singgah kat McD subang untuk membeli juadah bersahur. Malangnya, menu yang ada adalah 'Breakfast Menu'. Tergaru-garu kepala nak makan ape. Last-last rembat jer burger egg mcmuffin , porridge,hash brown dan beef mcmuffin. Rasenya,masin sikit burgernya.

Hubby cakap nak ikut jalan LDP terus ke Kepong. What a biiiiggggg mistake. Seperti yang dah diketahui bahawa mRR2 ditutup pada waktu malam, maka kami pun mengikut arah direction papan tanda yang telah disediakan oleh pihak kontraktor. Apa lagi, sesat barat kitaorang. Dok berpusing tempat yang sama 2 kali. Masa ni rasa cam nak lempang jer sapoa yang buat signage tu. Rupanya bukan kami jer yang dah sesat,ada beberapa kereta dan motor yang sesat jugak.

Dengan menggunakan gerak hati, maka, kami dapat jugak kelaur dari kaw perumahan itu dan terus menuju ke arah Batu Caves. Masa ni,mata ku ini dah mulai berat. Berjaya gak tahan samapi ke tol gombak. tak sesaksangat. lepas jer tol gombak, pandangan terus kabur macam jerebu la ni. Sedar2 dah sampai Petronas kat KArak Hiway.Mak datuk,punya la ramainya manusia. Masa tu jam dah menunjukkan 6.20 pagi. disebabkan tak de parking,kami terus ke arah bentong. dan tol kat bentong ni tersangatlah teruknya. tapi kitaorang tak masuk exitni,instead terus ke 2nd exit kat karak. the same thing happened. nampak jer surau , terus berhenti sembahyang subuh. masa ni dah pukul 6.40 am.

lepas solat subuh, kami terusberpatah ke arah exit felda xxx (tak ingat). alhamdulillah perjalanan lancar hingga masuk pekan Raub (kat sekolah).

dan bila nak dekat sampai pekan Lipis, kereta kami tiba-tiba mati enjin. mujur tak banyak kereta yang follow dari belakang. terus berhenti kat tepi jalan. start punya start memang takleh. alamak, camana ni.

terus call member tanya no maybank autopal. dan kos tarik 300.00. tapi bayar 250.00 jer, sebab 50.00 tu maybank covered. nyesalpulak tak renew AAM ari tu. kalau tak mesti free.

Dan, masa tunggu tow truck sampai, member hubby (satu opis) terperasan kitaorang dan siap bole patah balik. Dan siap tunggu sampai tow truck datang. Imagine dari kol 10.30 pagi sampaila 12.30 thgari, member hubby dan wife nya tunggu. pas tu siap hantar tee n anak2 ke lipis plaza hotel. sementara itu,hubby ikut tow truck ke jerantut.

Sampai jer kat hotel dah pukul 1.00 tghari. check in dan mandikan anak2. sempat terlelap ngan anak2.maklumla, malam tadi tidur 2 jam jer. (excuses, he he..)

Bila dah kol 4.30 hubby called. katanya dah settel semuanya. dan kosnya kurang RM41.00 nak cukup RM1K. yang rosak tu fuel pump. harganya je dah cecah RM650.00. Mahal banget tu. Hari tu boss tee tukar jugak. Kos nya baru RM500.00 . tu harga kat shah alam. apa nak buat, bayar jer la. takkan taknak bayar kan.

Anyway, kitaorang decide nak tido kat lipis disebabkan jalan yang agak sesak jugak. bila call member hubby kat mana, dia kat padang tengku. memang sah la jalan jam banget. rasa bersalah pulak kat member hubby tu. yang lagi teruk, abang ipar dia yang berselisih kat lipis pukul 11.30 pagi, baru sampai kat merapoh dan masa tu dah pukul 5.30 ptg. tu yang ambik keputusan stay kat lipis.

jadi , insyaAllah kami akan bertolakselepas subuh dari lipis dan diharap tak der benda2 yang tak diingini berlaku.

till then,

salam.


Thursday, October 19

Rahmat Ramadhan & Eid Mubarak

Tak sedar betul dah 26 hari kita berpuasa. Cepat benor masa berlalu.

Alhamdulillah, setakat hari ni rezeki daripada Allah s.w.t melimpah ruah sehingga rasa takut pulak. ye la nanti akan ditanya rezeki yang dapat tu ke manakah dibelanjakan?..tapi apa-apa pun, tahun ni persiapan raya tak sekelam kabut cam tahun lepas.

Checklist & Rahmat Ramdhan :-

1. Baju anak-anak - dah beli sebelum puasa lagi. Ini bagi mengurangkan stress berebut-rebut dengan orang ramai yang last minute shopping. Lagipun rasanya kederat tu kureng sikit la. Tau jer la kalau shopping baju bebudak ni, maunya 1 hari. Hari tu pun beli kat Sogo. masa tu ada sale. Ambik cuti 1 hari pas tu gi ngan member. Sampai pukul 10.30 pagi. keluar Sogo pukul 5.15 ptg. Kenapa? Tak caya ke? He he he.

2. Baju Hubby & sendiri - Baju Melayu hubby baru siap. Baju sendiri dah siap sebelum puasa. Tempah kat kampung sebab dah selesa ngan jahitannya.

3. Biskut Raya - Main beli jer semua. Tapi beli kat supplier yang memang dah tau rasanye ok. List biskut raya tahun ni - Biskut Oat, Tat nenas, Almond London, Kelapa, Chocolate & Samprit. Samprit ni memang lain daripada yang lain. Suppliernye staff kat holding co. Anaknya penyanyi & pelakon remaja..

4. Bisnes ku - Alhamdulillah. Tahun ni bisnes biskut Batang Buruk ku kencang. Adala 2,3 pasaran yang baru. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, ada peningkatan dalam 23%. Selalunya untung dari bisnes ni, buat beli biskut raya untuk 3 rumah. Rumah sendiri, utk ma kat kpg & utk ma besut. So, amacam, it's a very lucrative bisnes u know... :)

5. Bonus - Alhamdulillah, since dah tukar ke department baru, $ bonus tu adalah lebih sikit. Dah dapat pun. Boleh la buat belanja untuk persediaan Si Abang yang nak masuk sekolah rendah tahun depan. Cadang nak bagi ma sikit. Berkat nanti.

6. Increment - Syukran kepada bos kerna telah menaikkan gaji tahun ni yang dah 5 tahun tak naik. Itu pun sebab kitaorang kena pindah office dari shah alam ke puchong... uwaaa.. jauh banget tu. kiranya setengah daripada increment tu nanti abis untuk bayar petrol & tol.

7. Duit raya - Dah di tukar kat CImb. selalunya malam raya baru sibuk nak masukkan dalamn sampul raya dan tahun ni sampul raya yang dapat beribu-ribu lemon.. rasa boleh simpan untuk tahun depan. manala tau bank-bank semua mogok tak nak bagi sampul raya.. he he ..

8. Mercun - tak beli sebab selalunya adik ipar yang belikan.

9. Kereta - dah diservis 2 minggu lepas untuk mengelakkan kesesakan di wokshop member hubby kat glennmarie. Cuma yang tak buat lagi - balancing dan allignment. Cadang nak gi esok.

10. Packing baju - Bab ni yang paling tak suka. selalalunya akan dibuat berperingkat bermula 2 hari sebelum balik. jadinya malam ni dah kena start.. uarrgghhh.. dan selalunya akan ada chcklist baju-baju yang akan dibawa dan ari apa nak pakai. Dasat jangan dasat. sebabnya, tau tau jer la bila dah ramai kat kpg tu, takut tak cukup ampaian. selalunya kalau ma beraya kat kelantan, boleh delegate baju untuk dibasuh. bijak tak? rumah ma ngan mertua tak jauh walaupun satu kat kelantan, dan lagi satu kat t'ganu. journey dalam 1 jam 30 minit je. best kan.

11. Menu raya - disebabkan beraya di rumah hubby, nasi minyak menjadi hidangan wajib di pagi raya. yang bestnya sebab ada gulai ayam kampung. dan pham-paham jer la , ayam kampung yang ori kan daging nya pejal sikit. ayam kampung yang bela kat bandar ni kan, daging nyer cam manja-manja lembut aje. Maklumla, di bela dalam reban. Kalau kat kampung kan banyak buat exercise. laman luas.

12. Zakat Fitrah - dah dibereskan oleh hubby minggu lepas.

Akhir kata,

Kepada yang balik ke kampung dengan kereta macam tee ni , berhati-hatilah apabila memandu, kalau terasa mengantuk, berhenti dulu. take a nap if u must. Beringat sebelum terjadi apa-apa.

Kepada yang travel ngan anak-anak bawah umur tu, bawakla bekal roti ke, biskut ke, toys ke dan lagu2 kegemaran mereka. tak kisah la nursery rhymes ke, nasyid ke, asalkan derang tak boring.

Kepada yang selalu mengunjung ke blog Tee ni, Salam Eid-Mubarak kepada semua.Kalau umur panjang , InsyaAllah bertemu lagi kita di alam cyber ini.. I'll be taking a one week break just like almost 3/4 of the Malay population here in Malaysia.

Till then,

SALAM.

Friday, October 6

Abah.

It's been 12 days since Abah flew to Mekah to perform Umrah with his friends. The house sounds different, to me at least. But, last nite, my son, out of the blue say that "mama, tak best la tok abah tak de'. and i ask, " nape?. and he replied " tak tau la, tapi tak best la."

How true. Abah ni memang strict sikit. maklumla x-teacher kat sekolah Agama. Tapi dengan cucu memang kalah abiss.. Kalau dengan kakak, panjat belakang pun tak pe. he he...

Dah menjadi kebiasaan, setiap Ramadhan ma & abah akan berpuasa di Subang Jaya ngan anak-anak. Ye la, mana best buka posa 2 orang jer kat kampung. Kat subang ni, selain dari tee & famili, ada 2 adik bujang lelaki yang dok sekali. Rumah kat subang ni, rumah family. Since, ma&abah lepas pencen balik duk kampung, tee pun take in-charge jaga rumah. Tau-tau jer la kalau budak bujang yang duduk, abisss... Pernah sekali tu, lepas kawin, sewa rumah, so, sekali-sekala jenguk la depa ni, adduuhhh, rumah bersepah, berhabuk, tak yah nak cakap la.

Jadi, since last year, kitaorang pun decided nak duk permanent kat sini. Kalau tidak weekend jer balik kat Puncak Alam. Sekarang ni, rasanya dah 2, 3 bulan dah tak balik jenguk rumah. Tengahari semalam balik sat, alamak, rumah dah ada balik anai-anai. Sedap la derang, tuan tak de, bermaharaja lela. Nampak gaya kena buat operasi la cam ni.

Niway, back to the main topic, my abah will only be back in Malaysia on the third day of Raya. Bestnyer dapat posa kat sana kan. Just a few days ago, call him, and, from the sound of his voice, he trulyt feel happy over there. And, as long as he's happy, we are all happy here, abah. As for my mom, she's not feeling so well these few days. Rindu kut? he he he...

So abah, from all of us back here in Malaysia, don't worry about ma here, kitaorang kan ada. And also, semoga mendapat rahmat dan barakah dari Yang Esa.

Salam...