Saturday, October 21

Dugaan

Kita yang merancang, Allah jua yang menentukan.

Perancangan asal nak balik pukul4 pagi telah tertunda ke pukul 4.40 pagi. Dalam hati dah terbayang akan kesesakan lalu lintas yang bakal akan ditempuhi . (ya, cangan tak caya, kat tol gombak ni jangan main-main. silap haribulan dekat 1 jam bole stuck kat area tu jer.)

Memula singgah kat McD subang untuk membeli juadah bersahur. Malangnya, menu yang ada adalah 'Breakfast Menu'. Tergaru-garu kepala nak makan ape. Last-last rembat jer burger egg mcmuffin , porridge,hash brown dan beef mcmuffin. Rasenya,masin sikit burgernya.

Hubby cakap nak ikut jalan LDP terus ke Kepong. What a biiiiggggg mistake. Seperti yang dah diketahui bahawa mRR2 ditutup pada waktu malam, maka kami pun mengikut arah direction papan tanda yang telah disediakan oleh pihak kontraktor. Apa lagi, sesat barat kitaorang. Dok berpusing tempat yang sama 2 kali. Masa ni rasa cam nak lempang jer sapoa yang buat signage tu. Rupanya bukan kami jer yang dah sesat,ada beberapa kereta dan motor yang sesat jugak.

Dengan menggunakan gerak hati, maka, kami dapat jugak kelaur dari kaw perumahan itu dan terus menuju ke arah Batu Caves. Masa ni,mata ku ini dah mulai berat. Berjaya gak tahan samapi ke tol gombak. tak sesaksangat. lepas jer tol gombak, pandangan terus kabur macam jerebu la ni. Sedar2 dah sampai Petronas kat KArak Hiway.Mak datuk,punya la ramainya manusia. Masa tu jam dah menunjukkan 6.20 pagi. disebabkan tak de parking,kami terus ke arah bentong. dan tol kat bentong ni tersangatlah teruknya. tapi kitaorang tak masuk exitni,instead terus ke 2nd exit kat karak. the same thing happened. nampak jer surau , terus berhenti sembahyang subuh. masa ni dah pukul 6.40 am.

lepas solat subuh, kami terusberpatah ke arah exit felda xxx (tak ingat). alhamdulillah perjalanan lancar hingga masuk pekan Raub (kat sekolah).

dan bila nak dekat sampai pekan Lipis, kereta kami tiba-tiba mati enjin. mujur tak banyak kereta yang follow dari belakang. terus berhenti kat tepi jalan. start punya start memang takleh. alamak, camana ni.

terus call member tanya no maybank autopal. dan kos tarik 300.00. tapi bayar 250.00 jer, sebab 50.00 tu maybank covered. nyesalpulak tak renew AAM ari tu. kalau tak mesti free.

Dan, masa tunggu tow truck sampai, member hubby (satu opis) terperasan kitaorang dan siap bole patah balik. Dan siap tunggu sampai tow truck datang. Imagine dari kol 10.30 pagi sampaila 12.30 thgari, member hubby dan wife nya tunggu. pas tu siap hantar tee n anak2 ke lipis plaza hotel. sementara itu,hubby ikut tow truck ke jerantut.

Sampai jer kat hotel dah pukul 1.00 tghari. check in dan mandikan anak2. sempat terlelap ngan anak2.maklumla, malam tadi tidur 2 jam jer. (excuses, he he..)

Bila dah kol 4.30 hubby called. katanya dah settel semuanya. dan kosnya kurang RM41.00 nak cukup RM1K. yang rosak tu fuel pump. harganya je dah cecah RM650.00. Mahal banget tu. Hari tu boss tee tukar jugak. Kos nya baru RM500.00 . tu harga kat shah alam. apa nak buat, bayar jer la. takkan taknak bayar kan.

Anyway, kitaorang decide nak tido kat lipis disebabkan jalan yang agak sesak jugak. bila call member hubby kat mana, dia kat padang tengku. memang sah la jalan jam banget. rasa bersalah pulak kat member hubby tu. yang lagi teruk, abang ipar dia yang berselisih kat lipis pukul 11.30 pagi, baru sampai kat merapoh dan masa tu dah pukul 5.30 ptg. tu yang ambik keputusan stay kat lipis.

jadi , insyaAllah kami akan bertolakselepas subuh dari lipis dan diharap tak der benda2 yang tak diingini berlaku.

till then,

salam.


12 Comments:

At October 28, 2006 4:17 pm, Blogger Kak Teh said...

tee, betul tu dugaan. Tapi kak teh harap tee dan keluarga selamat sampai ke destinasi dan sambut hari raya bersama keluarga!

 
At October 28, 2006 7:41 pm, Anonymous Anonymous said...

You were given many chances to stop at Kuala Lipis many times earlier but you ignored, this time you were forced to. Enjoy your stay in this peacefull town and Selamat hari raya maaf Zahir batin.

 
At October 29, 2006 8:17 pm, Anonymous Anonymous said...

Selamat jugak ko beraya kat kg kan tee.. balik pun jam gak ek.. kenapa tak gi tumpang rumah ct? aku pun dah selamat menjadi perantauan kembali...sedih giler ko nak tinggalkan mak dan sedara mare..

-P-

 
At October 30, 2006 9:45 am, Anonymous Anonymous said...

Wah...N3 ditabir raya nie.... Takpelah...duit jerk yg melayang... yg penting semuanya takde apa2.

p/s : Tgh tunggu N3 raya lak...

 
At October 31, 2006 9:05 am, Blogger Alinlai said...

erk...inilah yang dikatakan malang tidak berbau...sabaq je la :) tak pe dpt bercuti kat Lipis di bulan posa ke ke ke...

 
At October 31, 2006 11:38 am, Blogger Kaklong Syikin said...

salam.

selamat hari raya.

maaf zahir batin ya..

ujian sungguh ni.syukurlah dpt settle dengan baik.

syukur anak2 tee tak meragam masa kreta buat hal tukan..

 
At October 31, 2006 11:43 am, Blogger tee said...

kak teh :) alhamdulillah masa tu anak2 tak meragam.

mcbudu :) i kinda enjoy the serenity of the town.. :)

anon @ P :) ciaann ko.. tak per la, cari rejeki.

nbk :) n3 ni ditaip masa kat hotel.. he he...

alin :) ha'ah.. ok gak, pekan lipis ni. nyaman..

 
At October 31, 2006 6:13 pm, Blogger dlt said...

siannya... tak pe banyak pahala tu. eh! adik saya pun btolak time tugak. dia kata jem giler. adik sampai rumah kb kul 6 lebih, dah dekat nak berbuka. sadis betul. tu pun potong bentong ikut mempega sampai lipis. lik kl semula tak jem ke?

 
At November 03, 2006 10:11 am, Blogger tee said...

dlt :) balik ari jumaat. ok la gak. tak de la teruk sangat.

 
At November 03, 2006 10:45 am, Blogger aNIe said...

Tee...ingatkan bergerak malam jalan tak jam ye?...rupanya memang sah ditakdirkan kene jam teruk...boleh tersesat pulak ...tu yang buat perjalanan jadi lambat...abih nak buat camanor...orang kata kita merancang..ALLAH menentukan.

 
At November 06, 2006 9:41 am, Blogger tee said...

kak lady :) tu la dari nak cepat jadi lambat semuanya. adala tu hukmahnya. :D

 
At November 06, 2006 9:42 am, Blogger tee said...

eh, wrong spelling --- hikmahnya. he he..

 

Post a Comment

<< Home