Thursday, October 19

Rahmat Ramadhan & Eid Mubarak

Tak sedar betul dah 26 hari kita berpuasa. Cepat benor masa berlalu.

Alhamdulillah, setakat hari ni rezeki daripada Allah s.w.t melimpah ruah sehingga rasa takut pulak. ye la nanti akan ditanya rezeki yang dapat tu ke manakah dibelanjakan?..tapi apa-apa pun, tahun ni persiapan raya tak sekelam kabut cam tahun lepas.

Checklist & Rahmat Ramdhan :-

1. Baju anak-anak - dah beli sebelum puasa lagi. Ini bagi mengurangkan stress berebut-rebut dengan orang ramai yang last minute shopping. Lagipun rasanya kederat tu kureng sikit la. Tau jer la kalau shopping baju bebudak ni, maunya 1 hari. Hari tu pun beli kat Sogo. masa tu ada sale. Ambik cuti 1 hari pas tu gi ngan member. Sampai pukul 10.30 pagi. keluar Sogo pukul 5.15 ptg. Kenapa? Tak caya ke? He he he.

2. Baju Hubby & sendiri - Baju Melayu hubby baru siap. Baju sendiri dah siap sebelum puasa. Tempah kat kampung sebab dah selesa ngan jahitannya.

3. Biskut Raya - Main beli jer semua. Tapi beli kat supplier yang memang dah tau rasanye ok. List biskut raya tahun ni - Biskut Oat, Tat nenas, Almond London, Kelapa, Chocolate & Samprit. Samprit ni memang lain daripada yang lain. Suppliernye staff kat holding co. Anaknya penyanyi & pelakon remaja..

4. Bisnes ku - Alhamdulillah. Tahun ni bisnes biskut Batang Buruk ku kencang. Adala 2,3 pasaran yang baru. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, ada peningkatan dalam 23%. Selalunya untung dari bisnes ni, buat beli biskut raya untuk 3 rumah. Rumah sendiri, utk ma kat kpg & utk ma besut. So, amacam, it's a very lucrative bisnes u know... :)

5. Bonus - Alhamdulillah, since dah tukar ke department baru, $ bonus tu adalah lebih sikit. Dah dapat pun. Boleh la buat belanja untuk persediaan Si Abang yang nak masuk sekolah rendah tahun depan. Cadang nak bagi ma sikit. Berkat nanti.

6. Increment - Syukran kepada bos kerna telah menaikkan gaji tahun ni yang dah 5 tahun tak naik. Itu pun sebab kitaorang kena pindah office dari shah alam ke puchong... uwaaa.. jauh banget tu. kiranya setengah daripada increment tu nanti abis untuk bayar petrol & tol.

7. Duit raya - Dah di tukar kat CImb. selalunya malam raya baru sibuk nak masukkan dalamn sampul raya dan tahun ni sampul raya yang dapat beribu-ribu lemon.. rasa boleh simpan untuk tahun depan. manala tau bank-bank semua mogok tak nak bagi sampul raya.. he he ..

8. Mercun - tak beli sebab selalunya adik ipar yang belikan.

9. Kereta - dah diservis 2 minggu lepas untuk mengelakkan kesesakan di wokshop member hubby kat glennmarie. Cuma yang tak buat lagi - balancing dan allignment. Cadang nak gi esok.

10. Packing baju - Bab ni yang paling tak suka. selalalunya akan dibuat berperingkat bermula 2 hari sebelum balik. jadinya malam ni dah kena start.. uarrgghhh.. dan selalunya akan ada chcklist baju-baju yang akan dibawa dan ari apa nak pakai. Dasat jangan dasat. sebabnya, tau tau jer la bila dah ramai kat kpg tu, takut tak cukup ampaian. selalunya kalau ma beraya kat kelantan, boleh delegate baju untuk dibasuh. bijak tak? rumah ma ngan mertua tak jauh walaupun satu kat kelantan, dan lagi satu kat t'ganu. journey dalam 1 jam 30 minit je. best kan.

11. Menu raya - disebabkan beraya di rumah hubby, nasi minyak menjadi hidangan wajib di pagi raya. yang bestnya sebab ada gulai ayam kampung. dan pham-paham jer la , ayam kampung yang ori kan daging nya pejal sikit. ayam kampung yang bela kat bandar ni kan, daging nyer cam manja-manja lembut aje. Maklumla, di bela dalam reban. Kalau kat kampung kan banyak buat exercise. laman luas.

12. Zakat Fitrah - dah dibereskan oleh hubby minggu lepas.

Akhir kata,

Kepada yang balik ke kampung dengan kereta macam tee ni , berhati-hatilah apabila memandu, kalau terasa mengantuk, berhenti dulu. take a nap if u must. Beringat sebelum terjadi apa-apa.

Kepada yang travel ngan anak-anak bawah umur tu, bawakla bekal roti ke, biskut ke, toys ke dan lagu2 kegemaran mereka. tak kisah la nursery rhymes ke, nasyid ke, asalkan derang tak boring.

Kepada yang selalu mengunjung ke blog Tee ni, Salam Eid-Mubarak kepada semua.Kalau umur panjang , InsyaAllah bertemu lagi kita di alam cyber ini.. I'll be taking a one week break just like almost 3/4 of the Malay population here in Malaysia.

Till then,

SALAM.

6 Comments:

At October 19, 2006 5:18 pm, Blogger Sya said...

Tee

SELAMAT HARI RAYA .. MAAF ZAHRI BATIN..

HATI2 MEMANDU

 
At October 20, 2006 11:19 am, Anonymous Anonymous said...

Respect kat Tee..sungguh bijaksana menguruskan serba serbi persiapan raya...semuanya dilakukan dgn terancang. Tapi terangcang2 pun sampai 6 jamkat SOGO tuh!!! Kalau tak terancang mau kena overnight terus kat SOGO tuh..he..he.he...

Salam Aidilfitri buat Tee & keluarga yek..

 
At October 20, 2006 12:00 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

selamat berjalan jauh tee ...

selamat menyambut syawal ngan meriah n gembiranya.

ampun n maaf atas salah silap saya ya..

 
At October 20, 2006 3:12 pm, Blogger Mumsgather said...

Selamat Hari Raya to you and your family Tee. :)

 
At October 21, 2006 2:55 pm, Blogger Idham said...

"selamat hari raya"
hati2 di jalan raya...pesanan polis saudi..

idham

 
At October 21, 2006 8:56 pm, Blogger tee said...

sya :) selamat menyambut hari raya aidilfitri.maaf zahir & batin kepada akak sekeluarga.

nbk :) wahh, ni da kes perli. he he.. pompuan mameng cam tu kalau tak gi shopping ngan lelaki. taking my own sweet time katakan..

selamat hari raya aidilfitribuat nbk sekeluarga.

syikin :) sama-sama la kita.

mumsgather :) thank u..

idham :) tima kacih. abe id pun hati2 bila memandu.

 

Post a Comment

<< Home