Eid Mubarak 1427 H
Selamat Eid-Mubarak kepada semua yang selalu lepak kat sini...
Tahun ni balik beraya kat kpg hubby kat Besut. Semuanya ok, kecuali satu jer.. camne la boleh terlupa bawak balik camera. satu benda yang betul2 penting lak tu. Jadi, terpaksala numpang camera kakak ipar. tu pun rasenya snap satu dua gambar jer.. huk huk..
Raya pertama, biasala lepas sembahyang raya, sesi bersalam-salaman dan berfoto. Lepas tu akan melayan tetamu yang datang sampaila ke petang. Dalam kol 4 ptg baru dapat turun dari rumah gi beraya kat rumah ayah su, ayah cik dan pak su. Tahun ni rasenya kurang penat sikit. Tak tau la nape. Oh ya.. baru teringat, Hana meragam dari first day sampai. asal tengah malam jer, mesti melalak.. tu yang tak leh masuk dapur nolong.. he he.. bukan escape tau.. ni betul tau..
Raya ke2 seperti biasa ada family gathering sebelah FIL. Ada banyak game yang diadakan - futsal , bowling padang (guna buah kelapa), manjat pokok rambutan (acara sampingan .. he he ). Malangnya, tahun ni , ku diserang cirit birit. Apa lagi melepek jer. Entah apa la yang salah makannya. Frust tul sebab menu kat gathering ni memang sodap. Macam-macam ado...
Raya ke3, round Kota Bharu lak. Gi jalan-jalan rumah sedara sebelah ma&abah. Dari Bunut Payong ke Palekbang dan last stop kat Lemal, Pasir Mas. Mujur gak anak2 tak meragam dalam kereta. Kat Bunut Payong stop kat ghumah Pok Su Loh. Lunch kat sana. Kat sini memang ramai sedara belah ma. Kalau muloh tok ayoh tak berhijrah ke Guchil, memang sini la kampung ku.. dekat tul ngan bandar KB.
Raya ke4, bersiap nak balik Subang. Alhamdulillah, Abah selamat sampai kat Subang dari Mekah ari raya ke-3. Tu yang kena balik ari ni. Bertolak dari Besut kol 11.30 pagi. Stop kat Guchil n lunch kat rumah cousin. Push-off at about 3.00 pm. Kereta banyak gak, tapi tak de la jam sangat. Sampai kat Subang dalam kol 11.00 malam. Tido dalam kol 2 pagi sebabnya dok membersihkan baby car seat. 2/3 of the trip Hana muntah...masa tu dah nak masuk Karak. Mujur ada tilam kecik bole cover. Jadi bau tu tak de la 'wangi' sangat.. :)
SALAM.
9 Comments:
Semeriah2 den berayo pun ini 1st time dengar family berayo buek acara2 'Family Day' gitu...cayalah..
First time dengar raya ada futsal dan bowling padang. Macam kat Brazil lah pulak...:-)
wah meriahnya raya :) seronokkan bleh gathering mcm tu, merapatkan silaturahim ...
nbk :) caya jangan tak caya.
mcbudu :) siap ada takraw bulatan lagi tuh.. he he..
alinlai :) gathering tu dibuat sebab sedara belah FIL memang ramai. tak larat nak gi rumah depa satu satu.
:) my ambition tu nak ada kan gathering family besar2an mcm tu...
best best!
urs truly.
wow.. mesti besar nih keluarga tee nie.. kalau idak mana le nak carik orang main pelbagai game tu..
best gak baca kisah org beraya nie.. :)
abe id :)buatla... memang best dan menjimatkan masa semua oghe.. he he.. siap ada cabutan bertuah lagi tu.. dan famili kitaorang membolot hampir kesemua hamper yg ada... he he he...
acik ila :) famili sebelah hubby memang besar, baik sebelah FIL atau MIL. sedare2 sebelah famili tee tak de la seramai tu..
salam,
cayalah..boleh siap mini sukan lagi tu..bestnya..sehati sejiwa betullah..kiranya ad hoc mini sukan ni mmg dah set up masa bulan ramadhan dulu ke???
alahai, bab bau muntah dlm keta yg mmg tak lahar tu..
shikin :) utk famili day ni memang dah ada commitee nye. siap ada meeting lagi tu.. tahun depan turn famili FIL lak.
Post a Comment
<< Home