Tuesday, March 28

EPPY BEZDAY

Sayang...

Maafkan aku
kerana nampak angin-angin kasar
berpusar melilit rumpun-rumpun bunga
di sekelilingmu

Maafkan aku
kerana melarangmu menyedut haruman bunga itu
lalu mengguris kelukaan mu.

Sayang...

Seringkali ketika angin berlagu lesu
di wajahmu, seolah membelai
namun apa yang aku nampak
hanyalah debu-debu liar
cuba hinggap mengotorkan gebu pipi mu

Salahkah aku
menepis debu-debu liar itu
meski dalam cahaya
kelihatan ia seperti permata

Salahkah aku
sering merasa gusar
bila antara mereka
aku lihat wajahmu
kerana aku,
pernah berdiri antara mereka
sering meloloskan diri dari peristiwa dulu
ilhamnya lahir dari jiwa yang hambar
dan pudar dari pegangan....

16 ogos '94

This was the most romantic kind of thing that hubby did when we were courting during the uni days...

Kisah kitaorang bermula dengan satu persahabatan yang ikhlas dan akhirnya tanpa di sangka-sangka bertukar menjadi satu perhubungan yang termeterai dgn satu ikatan perkahwinan . Syukur alhamdulillah. Kalau nak cite, rasenye bole buat satu novel kut, tapi, yang tu kena buat n3 lain.

tak nak membebel lama sangat la, just wanna wish myself :-

............................ HAPPY BEZDAY ..........................................................

(aiyooo, suddenly feel so jiwang karatz lorrr..)

12 Comments:

At March 28, 2006 3:42 pm, Blogger AuntyN said...

Happy Birthay jugak lah untuk sesapa pun hehehe.

 
At March 28, 2006 4:49 pm, Blogger NBK466 said...

He..he..he...mmg KARATZ pun... dah sampai tahap2 kapal karam dilautan dia punya KARATZ...

 
At March 28, 2006 5:15 pm, Blogger Queen Of The House said...

Happy birthday to tuan punya birthday!! Tak apalah Tee, nak berjiwang ke, nak berkarat ke, janji ada yang sayang .....

 
At March 29, 2006 1:26 am, Blogger Kaklong Syikin said...

tee..masa2 nilah nak ingat balik kisah dolu2...:D

 
At March 29, 2006 8:35 am, Blogger Mumsgather said...

Happy Bezday to you.... happy bezday to you.....

 
At March 29, 2006 9:01 am, Blogger tee said...

auntyn :) eppy bezday to u too...

nbk466 :) karatz jangan tak karatz...

QOTH :) tq... sebenornya nbk tu jeles akak... sebabnye tak de org nak bagi sajak puitis semacam itew kat dia... he he he...

pujie :) awat la tak bagitau awal2 ko ade blog dulu. so, bila nak start memblog ni... habag kat aku tau.. tq my frend for the wishes... aku masih lagi simpan mug yang ko pernah bagi sempena bezday aku masa kat UPM dulu.

syikin :) banyak kenangan dulu2 ngan hubby, tu yang bila flash back rase nak gelak pun ade... his circle of friends are my friends too and vice versa.. maklumla sama kolej n fakulti...

mumsgather :) to cei... mum koi...

 
At March 29, 2006 11:19 pm, Blogger aNIe said...

hheheh...dah jiwang-jiwang...rupanya nak wish eppy besday to myselg...hehehe...

HEPPY BEZDAY tee...moga murah rezeki...panjang umur...sihat walafiat...aminnnnn

 
At March 30, 2006 9:37 am, Blogger McBudu said...

Birthday lah pulak,! May life rewards you, and have a long Life, becos only long life will give you wrinkles!

 
At March 30, 2006 11:50 am, Blogger Sya said...

Tee .. Happy Birthday .. semoga dirahmati Allah sentiasa

 
At March 30, 2006 5:35 pm, Blogger tee said...

pujie :) kay, frend...

klady n ksya :) tima kacih for the wishes...

budakbudu :) wrinkles..? ermm, where...? not anymore with the so-called techno beauty nowadys... but, then again, beauty lies on the eyes of the beholder...

 
At March 31, 2006 10:54 pm, Blogger Kaklong Syikin said...

tee, sebaya ke ngan asben?

 
At April 03, 2006 9:54 am, Blogger tee said...

syikin :) hubby muda 2 tahun...he he he ... dah jodoh...

and since kitaorang aktif sesangat ngan aktiviti kolej, tu yang rapat... pas tu... the rest is history...

 

Post a Comment

<< Home